Tiada istilah bahawa pihak ibu boleh menuntut nafkah anak sesuka hati kerana penentuan nafkah anak ikut kemampuan suami.
Nafkah anak, walaupun ibu menuntut setinggi gunung tapi ia perlu ditaksir mengikut kemampuan bapa.
Kes Yang Baru Selesai Pagi Tadi
Pagi tadi, satu lagi kes nafkah anak dah selesai. Kes ini telah diputuskan oleh Tuan Hakim yang bijaksana lepas proses perbicaraan penuh dijalankan.
Kali ini saya mewakili si bapa. Ibu menuntut nafkah bagi pihak anak-anak. Walaupun saya ini seorang pencinta wanita, atas alasan kerja, saya terpaksa mempertahankan hak si bapa. Haha. Ada beberapa perkara yang menarik untuk dikongsikan bersama. Bak kata Leonard Nimoy “the more we share the more we have”.
Dalam duk menyelesaikan kes nafkah anak ini, saya lihat terdapat 3 perkara penting yang Mahkamah akan pertimbangkan.
Pertama, Kebertanggungjawaban bapa. Bab ini, mesti Mahkamah akan ulas panjang. Dalil Al-quran, Sunnah, pandangan ulama’, semua akan ada. Sebab itu alasan penghakiman jadi panjang. Penuh dalil. Dah jadi macam sesi tazkirah.
Kedua, Mahkamah akan tengok keperluan nafkah anak-anak yang dituntut. So yang ini, baru Mahkamah akan tengok kepada fakta kes. Apa yang di minta dan di dakwa sebagai keperluan anak.
Dekat sini kebanyakan tuntutan yang dibuat di Mahkamah menjadi mengarut dan tak masuk akal. Macam-macam di tuntut dibawah alasan keperluan anak. Pernah ada yang saya baca, tiket wayang setiap bulan pun ada di minta sebagai nafkah anak. Amat menakjubkan bagi saya. Saya fikir, mungkin kalau tak tengok wayang pada setiap bulan, akan menggangu pembesaran anak itu kot. Haha.
Sebenarnya, untuk para hakim. Telah terdapat panduan bagaimana untuk menilai tuntutan nafkah itu patut diberi pertimbangan atau tidak. Pertimbangan yang dimaksudkan adalah, adakah nafkah yang dituntu itu bersangkutan dengan tempat tinggal, pakaian, makanan, perubatan dan pelajaran anak tersebut ? kalau ada.
Maka hakim boleh untuk beri pertimbangan. So, kalau boleh yakinkan mahkamah tiket wayang yang dituntut bertujuan untuk pendidikan anak tersebut, mungkin boleh lulus. Ha..saya cakap mungkin je.
Ketiga, lepas dah tengok apa yang dituntut, Mahkamah akan melihat pula kemampuan suami. Mampu atau tidak nak bayar apa yang dituntut. Penting kat sini, untuk orang yang menuntut nafkah anak, selalunya ibu la, untuk buktikan gaji atau pendapatan bapa. Bapa pula, sepatunya kena la jujur. Tunjuk berapa pendapat yang ada.
Betul Atau Tidak Nafkah Anak Ikut Kemampuan Suami
Tapi dari apa yang saya tengok dari loya-loya senior, kalau si ibu berjaya buktikan bapa berpendapatan lebih, bapa perlu untuk buktikan yang pendapatannya sebenarnya kurang. Kalau isteri memang dah buktikan bapa punya pendapatan kurang, bapa tak perlu nak buktikan apa lagi. Kalau suami sorok tak tahu la kan. Mahkamah dunia mungkin terlepas, Mahkamah akhirat ?
Jadi, bila ketiga-tiga faktor tadi dah ditambah, ditolak, dibahagi dan dicampur, barulah Mahkamah akan dapat berapa jumlah yang dirasakan wajar dan patut ditetapkan sebagai nafkah.
Jadi dari apa yang di bebelkan, saya rasa mesti dah nampak apa yang dituntut sebagai nafkah, akan sentiasa di taksirkan mengikut kemampuan bapa. Faham tak ?
Selalunya, Mahkamah yang membicarakan nafkah anak ini, Mahkamah rendah. Sebab jumlah tuntutannya jarang nak lebih dari RM 100k. Kalau lebih itu, kena bicara di Mahkamah tinggi.
Jadi, kalau ada yang tak puas hati dengan keputusan Mahkamah Rendah itu, boleh merayu ke Mahkamah Tinggi. Yang dah mula di Mahkamah Tinggi plak, boleh merayu ke Mahkamah Rayuan. Tengok je la keputusan yang bakal keluar, boleh jadi kurang, boleh jadi lebih atau boleh jadi sama je. Terpulang kepada mahkamah yang lebih tinggi itu.
P/s : Jika anda ada persoalan berkenaan Harta Pusaka seperti wasiat, hibah, wakaf, hibah dan amanah ataupun berkenaan mahkamah syariah anda boleh terus hubungi saya di sini.
Muhammad Iz’aan Azalan
https://www.wasap.my/60135323364
izaanazalan@gmail.com