Skip to content
Home » News » Tuntutan Cerai Secara Fasakh

Tuntutan Cerai Secara Fasakh

tuntutan cerai secara fasakh

Dalam mana-mana perkahwinan, tiada siapapun yang mengimpikan untuk hidup dalam keadaan yang tertindas. Namun, andainya berlaku keadaan sedimikian; maka isteri dibolehkan untuk melakukan tuntutan cerai secara fasakh kerana berada dalam keadaan yang boleh mendatangkan mudharat kepada diri sendiri.

Maksud Cerai Fasakh

Fasakh ertinya pembubaran nikah disebabkan oleh sesuatu perkara yang diharuskan oleh Hukum Syarak. Pembatalan perkahwinan melalui fasakh tidak boleh dirujuk kembali melainkan dengan akad nikah yang baru. Fasakh selalunya dilakukan oleh pihak isteri berbanding suami kerana suami mempunyai hak untuk melafazkan talak.

Perbezaan Antara Khulu dan Fasakh

Seringkali ramai yang akan terkeliru perbezaan antara penceraian secara khulu dan fasakh.

Walaupun kelihatan sama, namun khulu atau turut dikenali sebagai tebus talak bermaksud penceraian yang dilakukan dengan lafaz bersama bayaran tertentu. Dalam kes khulu, terdapat persetujuan di mana si isteri perlu membayar sejumlah wang bagi menebus dirinya dari perkahwinan tersebut.

Berbeza pula dengan fasakh dimana pembuburan pernikahan perlu mencukupi syarat-syarat yang tertentu yakni faktor yang boleh menganiayai mana-mana pihak.

Allah S.W.T telah berfirman mengenai fasakh di dalam al-Quran,

وَاِنِ امْرَاَةٌ خَافَتْ مِنْۢ بَعْلِهَا نُشُوْزًا اَوْ اِعْرَاضًا فَلَا جُنَاحَ عَلَيْهِمَآ اَنْ يُّصْلِحَا بَيْنَهُمَا صُلْحًا ۗوَالصُّلْحُ خَيْرٌ ۗوَاُحْضِرَتِ الْاَنْفُسُ الشُّحَّۗ وَاِنْ تُحْسِنُوْا وَتَتَّقُوْا فَاِنَّ اللّٰهَ كَانَ بِمَا تَعْمَلُوْنَ خَبِيْرًا

” Dan jika seorang wanita khawatir akan nusyuz atau sikap tidak acuh dari suaminya, Maka tidak Mengapa bagi keduanya mengadakan perdamaian yang sebenar-benarnya, dan perdamaian itu lebih baik (bagi mereka) walaupun manusia itu menurut tabiatnya kikir. Dan jika kamu bergaul dengan isterimu secara baik dan memelihara dirimu (dari nusyuz dan sikap tak acuh), Maka Sesungguhnya Allah adalah Maha mengetahui apa yang kamu kerjakan.”

An-Nisa’ Ayat 128

وَاِنْ خِفْتُمْ شِقَاقَ بَيْنِهِمَا فَابْعَثُوْا حَكَمًا مِّنْ اَهْلِهٖ وَحَكَمًا مِّنْ اَهْلِهَا ۚ اِنْ يُّرِيْدَآ اِصْلَاحًا يُّوَفِّقِ اللّٰهُ بَيْنَهُمَا ۗ اِنَّ اللّٰهَ كَانَ عَلِيْمًا خَبِيْرًا

Dan jika kamu khawatir terjadi persengketaan antara keduanya, maka kirimlah seorang juru damai dari keluarga laki-laki dan seorang juru damai dari keluarga perempuan. Jika keduanya (juru damai itu) bermaksud mengadakan perbaikan, nescaya Allah memberi taufik kepada suami-istri itu. Sungguh, Allah Maha Teliti, Maha Mengenal.

An-Nisa’ Ayat 35

Perlu diketahui bahawa fasakh merupakan pembubaran nikah dan hanya Hakim yang mempunyai tanggungjawab untuk membubarkan sesuatu perkahwinan. Oleh itu, pihak isteri memerlukan bukti yang kukah untuk memastikan pembuktian dapat dilakukan berdasarkan undang-undang yang mengikut landasan syarak.

Syarat Tuntutan Cerai Secara Fasakh

Menurut seksyen 52 (1) Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984, permohonan fasakh di mahkamah boleh dilakukan disebabkan oleh beberapa faktor.

Di antara perkara-perkara yang mengharuskan Fasakh ialah apabila suami atau isteri :

  • Tidak diketahui di mana mereka berada selama tempoh lebih dari satu tahun.
  • Tidak mengadakan peruntukan nafkah isteri selama tempoh 3 bulan.
  • Telah dihukum penjara selama tempoh 3 tahun atau lebih.
  • Tidak menunaikan tanpa sebab yang munasabah nafkah batin selama satu tahun.
  • Telah mati pucuk.
  • Telah gila selama tempoh 2 tahun.
  • Sedang mengidap penyakit kusta atau penyakit kelamin yang berjangkit.
  • Lazim menyakiti atau menjadikan kehidupan isteri menderita.
  • Berkawan dengan perempuan-perempuan jahat.
  • Memaksa isteri hidup secara lucah.
  • Melupuskan harta isteri.
  • Menghalang isteri menunaikan kewajipan agama.
  • Tidak berlaku adil kepad isteri-isterinya mengikut Hukum Syarak.
  • Tidak menyetubuhi isteri dengan sengaja walaupun 4 bulan telah berkahwin.
  • Dan apa-apa alasan lain yang diiktiraf Hukum Syarak.

(Sumber: Esyariah)

cerai fasakh

[Kredit]

Proses Cerai Fasakh

Proses untuk mohon cerai secara fasakh adalah seperti berikut:

  1. Pergi ke mahkamah yang terdekat
  2. Dapatkan borang fasakh di kaunter
  3. Kemukakan alasan kenapa tuntutan fasakh ingin dilakukan. Dinasihatkan agar ditulis secara mendalam berkenaan sebab untuk melakukan fasakh

Mengenai proses cerai fasakh, anda sangat digalakkan untuk untuk melantik mana-mana Peguam Syarie bagi memudahkan dan melancarkan tuntutan penceraian. Ia bukanlah satu paksaan jika tidak mempunyai peguam bagi menguruskan kes tuntutan fasakh.

Namun, pastikan anda melakukan persediaan yang secukupnya bagi menjawab segala hujah semasa di mahkamah. Ini termasuk juga dengan kemukakan bukti-bukti yang boleh mengukuhkan lagi tuntutan fasakh.

Antara bukti yang boleh disediakan untuk tuntutan cerai secara fasakh ialah:

  • Dokumen
  • Penyata akaun
  • Gambar
  • SMS / WhatsApp
  • Resit perbelanjaan
  • Saksi
  • Lain-lain yang boleh dijadikan bukti

Sebagai persediaan melakukan tuntutan fasakh tanpa peguam, anda boleh dapatkan konsultasi dari pihak Syafiq & Co untuk menyiapkan diri anda bagi menjawab hujah yang mungkin akan digunakan oleh pihak lawan.

Kepentingan Mempunyai Peguam Untuk Tuntutan Fasakh

Seperti yang disebutkan di atas, tiada paksaan jika hendak membuat tuntutan fasakh tanpa bantuan Peguam Syarie. Tetapi urusan tuntutan akan menjadi lebih mudah dengan adanya Peguam Syarie.

Tuntutan fasakh merupakan tuntutan yang berat dan sukar untuk selesai dalam masa yang singkat disebabkan pembuktian dan fakta yang dibentangkan perlu diteliti terlebih dahulu.

Dalam hal ini, Peguam Syarie lebih arif bagi meyakinkan Hakim dengan mengemukakan fakta yang kukuh pada tempat yang betul.

Peguam Syarie Bertauliah Untuk Tuntutan Fasakh

Jika anda mempunyai permasalahan atau memerlukan sebarang konsultasi berkenaan proses tuntutan fasakh, anda boleh dapatkan konsultasi dari Syafiq & Co. Kami turut menguruskan kes berkaitan perkahwinan dan penceraian seperti pengesahan nikah luar negara / poligami, khulu’, ta’liq, pengesahan lafaz cerai dan anggapan kematian.

Syafiq & Co diterajui oleh Syafiq Mukhtar. Beliau merupakan Peguam Syarie bertauliah yang menguruskan kes-kes di Mahkamah Rendah Syariah, Mahkamah Tinggi Syariah dan Mahkamah Rayuan Syariah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *