MUHAMMAD SYAFIQ BIN MUKHTAR dilahirkan di Kuala Lumpur. Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Syariah (Fiqh wa Usuluhu) dari Universiti Mu’tah Jordan, 2013. Seorang mediator bertauliah dari The Accord Group Australia, 2014. Seterusnya melanjutkan pelajaran di peringkat Diploma Lepasan Ijazah Syariah dan Amalan di Universiti Teknologi Mara (UiTM), 2015. Beliau juga telah mengikuti Human Rights Training di Geneva hasil kerjasama Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM) dan Geneva International Centre for Justice, 2016.
Memulakan karier Peguam Syarie sebagai pelatih dalam kamar di Tetuan Aishah Kama & Sabri (Klang) 2014 dan memperoleh Tauliah Peguam Syarie Wilayah-Wilayah Persekutuan pada 17 Jun, 2015. Seterusnya Tauliah Peguam Syarie Kelantan pada 23 November, 2015 – Tauliah Peguam Syarie Pulau Pinang pada 3 Jun, 2016 – Tauliah Peguam Syarie Negeri Sembilan pada 20 September, 2016 – Tauliah Peguam Syarie Negeri Selangor pada 21 November, 2017 – Tauliah Peguam Syarie Perak pada 22 November, 2018 – dan Peguam Syarie Negeri Kedah pada 02 Oktober, 2019.
Sekarang, beliau aktif mengendalikan kes-kes di Mahkamah Syariah melibatkan hal ehwal perkahwinan, perceraian, tuntutan-tuntutan selepas perceraian, ganti rugi pertunangan/perkahwinan, permohonan faraid, dan pengesahan Hibah. Beliau juga merupakan Peguam Panel bagi Jabatan Bantuan Guaman Negara dan aktif memberi perkongsian di organisasi badan bukan kerajaan, NGO dan agensi agensi kerajaan yang melibatkan hal ehwal keluarga dan wanita. Pada 1 Jun, 2020 beliau dilantik sebagai Perunding di Tawafuq Consultancy, sebuah firma perundingan Syariah (Perbankan Islam) yang berpangkalan di Kuala Lumpur dan Oman.
Pada 2 Disember, 2020 beliau dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Pusat MACSA dan Exco Undang-Undang Keluarga Islam The International Women’s Alliance for Family Institution and Quality Education (WAFIQ).